KURSUS PERKADERAN PENDAKWAH

KURSUS PERKADERAN PENDAKWAH JAWI 2009
Posted on November 3, 2009 by abdullahdin | Ubah
PERHATIAN :Kepada Semua Peserta MPI, UKM, UM, Kolej SEGI dll
Ana nak minta jasa baik tuan/puan untuk mengadakan program ini di tempat tuan/puan belajar. Hubungi ana kalau ingin mengadakan program ini. Cuti bulan 12 ni ana ada banyak masa insyaAllah. Bajet insyaAllah boleh bincang dengan JAWI melalui Ustaz Khairul Anuar.
Pada 30-31 Oktober yang lalu program ini telah berjaya dilaksanakan di ILIM, Bangi. Seramai 70 orang peserta telah menyertai program ini dari pelbagai IPT antaranya IPGP (dulu MPI), UKM, UM, MMU, Kolej Segi, IPG Kuala Lipis dll.

Program ini anjuran adalah program ke 3 selepas program di Masjid Al Ghufran dan Masjid Muhsinin anjuran JAWI di bawah kelolaan Ustaz Khairul Anuar, pegawai Bahagian Dakwah JAWI.

Melalui program ini peserta didedahkan dengan ilmu perbandingan agama khususnya yang berkaitan dengan agama Kristian dan Bible. Antara tajuk ceramah yang disampaikan ialah :
1: Asas Bible
2: Asas Ajaran Kristian
3: Sejarah agama Kristian
Peserta juga melalui 3 sesi LDK yang dikendalikan oleh fasilitator yang dipilih di kalangan peserta sendiri. Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Saudara Masyuri, yang terlalu banyak membantu menjayakan program ini. Beliau hadir sebagai peserta, tetapi bagi saya pengetahuannya dalam bidang ini jauh lebih baik daripada saya.

Antara komen peserta:
Komen 1

Komen 2
Komen 3

Difailkan dalam: Uncategorized

Pengenalan Program Memperkasa Akidah

Program ini bermula pada tahun 2005 semasa JAKIM Sabah menganjurkan Kursus Peningkatan Daie di Masjid Negeri Sabah. Tuan Hj Nicholas Sylvester telah dijemput untuk meberi pendedahan tentang ajaran Kristian selama 2 hari. Bermula dengan kursus ini di Kota Kinabalu, ia terus dianjurkan di 6 atau 7 bahagian lain di sabah antaranya Kota Marudu, Tawau, Sandakan, Keningau dll. Setelah saya dan rakan-rakan mengikuti program ini, kami merasakan ilmu yang dicurahkan oleh tuan Hj Nicholas perlu disampaikan kepada golongan sasaran khususnya remaja lantas beberapa siri perbincangan dilaksanakan untuk menghasilkan modul yang sesuai di sekolah.

IMAG0406

Hello world!

Assalamualaikum semua. Blog ini dibina untuk mempromosi program Memperkasa Akidah yang dilaksanakan sejak tahun 2005 disamping melaporkan perkembangan program ini di sana sini.